Pengguna
  • 7.2
  •  
Softonic
  • 10
  •  
Lesen:
percuma
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows 2000
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
Versi terbaru:
7.1.5.15572007-05-14
Muat turun bulan lepas:
8,656,625
Saiz:
0.75 MB
Pembangun:

Terokai dunia

Google Earth membolehkan anda menerokai dunia kita dari jauh dan dekat. Aplikasi ini membenarkan anda zum mana-mana bahagian dunia dan untuk sesetengah tempat, memerhati hanya dari beberapa meter jauhnya.

Terokai dan pelajari

Google Earth bukan sekadar memaparkan imej satelit tapi juga memasukkan rupa bumi dan binaan semula 3D bangunan. Anda boleh mencari pandu arah dan perniagaan, seperti pada Google Maps dan menunjukkan kawasan dengan tepat atau lukis terus di atas peta Google Earth.

Google Earth mengandungi pustaka lapisan yang luas, dan sentiasa berkembang, yang boleh anda tambahkan pada peta untuk memperkayakan pengalaman. Anda boleh mencari pelbagai jenis maklumat, dari landskap sejarah hingga taman negara, rantau yang anda boleh cari spesis terancam atau lokasi pelancongan. Google Earth juga akan mempamerkan lebih maklumat berkait berita seperti kebakaran hutan dan tsunami.

Tapi Google Earth bukan hanya rupa bumi, dengan setiap versi baru, ia menambah sumber-sumber imej satelit baru dan maklumat tentang kawasan lain di dunia. Katakan anda berminat dengan bintang; maka anda sepatutnya beralih ke mod Langit dan mengemudi di celah-celah buruj. Atau, jika anda lebih gemar menerokai lautan, perbolehkan pilihan permukaan Air dan pelajari semua rahsia-rahsia lautan dan hidupan laut. Rasa lebih mencabar? Pilih opsyen Bulan atau Marikh dan berjalan di angkasa tanpa meninggalkan kerusi empuk anda.. Apa lagi, Google Earth turut membenarkan anda melancong merentas masa dengan memberikan anda fungsi Imejan Bersejarah yang membenarkan anda melihat evolusi beberapa lokasi sejak beberapa tahun lepas.

Navigasi

Berlegar Google Earth sangat berintuisi terima kasih kepada pelbagai perkakas navigasi. Beberapa kawasan akan memaparkan kurang informasi berbanding yang lain, dan Google Earth dikenali sebagai melahap sejumlah jalur lebar yang besar, namun ia kekal sebagai sebuah perisian menarik

Kesimpulan

Google Earth sebuah aplikasi yang tiada taranya. Layari sekeliling dunia, zum ke jalanan, renungi bintang-bintang atau selami lautan. Jutaan kemungkinan.

Bagus
  • Cari perniagaan dan pandu arah
  • Banyak lapisan yang berlainan
  • Terokai Bumi, juga langit, Bulan dan Marikh
  • Bebas bergerak ke mana sahaja
Tidak bagus
  • Mungkin mengambil masa untuk dimuatkan
  • Melahap jalur lebar
  • Imej kerap tidak dikemaskini

Muat turun: Paling Banyak Geografi

  1. Guitar Pro

    Alat serba lengkap untuk belajar gitar dan menggubah muzik

  2. Google Earth